Puteri NurIndah Puteri NurIndah: August 2012

Wednesday, August 15, 2012

JIKA AKU JATUH HATI

Kepada sesiapa yang mungkin sudah jatuh cinta atau sedang bercinta atau ingin jatuh hati...hayati lah post ni,,,,insyallah...hati yang gusar akan lebih tenang...sesungguhnya mengingati ALLAH dapat menenangkan hati kita....

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 3, 2012

Perlukah ada kawan??

HYE...
kawan??
perlu ade kawan??
bg hanim memang perlu...X bermakne hidup kita tanpa kawan kan?!!biasanya kawan ialah perkara yang tersenarai dalam list perkara yang penting dalam hidup...tapi,kita kene berhati-hati dalam memilih kawan...andai kita berkawan dengan mereka yang baik...alhamdulillah...n andai kita tersalah pilih kawan...cuba berubah ke arah kebaikan...
ciri2 kawan kesukaan kita semuanya bergantung pada diri kita sendiri...kalo suke yg baik...jd baiklah...kalo kite suke yg kurg jdlh mcm dye...
bagi hanim...sume orang hanim berkawan...bkwan memg senang...tp kalo nak cari yang terbaik ue yg dificult.....kadang...bile kite rase smone ckup baik dengan kite...but,smone uelah yg wat kite trluka...hanim benci ngn org yg bila susah cari kite n bile seng...pndang pon x...nape lah dyeorang ue cmtu...


dalam bkawan ni,,ade gak prkara yang kite perlu korban kan...semua ue trpulang kpd pihak msing2...kalo hanim...hanim x kesah kalo hanim trluka untuk orang len senag...ue pon semmgnye perlu...coz...kalo kite x korban pon bkn nye kite sure dapat..
ada gak yang jenis bile dpt membe baru,lupakan kite...
bkwn bkn cume untuk sehari dua...tp untuk selamenye....
setiap perkenalan pon mesti kite mulakan ngan hanya bkwn dlu...kan?!
ha...leps ue,,ade yg jd boylah,suamilah,abang lah,kakqlah,adeqlah,gurllah n mcm2 lhidop kita mesti diisi dengan banyk kenagan dngn kawan...korang byangkan hidop kite tanpa kawan....susah3...
apepon bkawan biar bribu,bkasih biar satu....t8 care...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Cerpen: COKLAT DAN CINTA

2C

“Jangan terlalu banyak gula dalan coklat,nanti tidak sedap”tegas Mia kepada pekerjanya.Walaupun tegas,senyumannya tidak pernah lekang.Kedai ‘CHOCOLATE LIFE’yang serba merah jambu dan dihias dengan perabot dan barangan yang berwarna hijau dan putih kini kian maju meredah arus globalisasi.Kedai coklat milik Nurul Mia Edriyana yang sudah hampir lima tahun berdiri teguh sedang sibuk beroperasi.“Cik Mia,Pudina sudah siap”,respon salah seorang pekerjanya.Mia meneliti coklat yang berbentuk hati itu sebelum dibawa ke kaunter pembayaran.Mia melemparkan senyuman kepada pekerjanya itu tanda berpuas hati dengan hasilnya. “Terima kasih,saya jual”,ucap mesra Mia kepada pelanggannya setelah membuat pembayaran.Sifat mesra Mia tehadap para pelanggannya membuatkan mereka menjadi pelanggan tetap kedai itu.Mia tersenyum sendiri.

***

“Natrah,kau nak ke mana?”,soal Mia kepada teman baiknya juga merupakan rakan serumahnya. “Aku nak keluar sekejap.Nak jumpa Azzam.Ada apa?”,soal Natrah pula. “Macam biasa boleh” “Boleh hantu coklat...Cadbury,saiz besar,Hazel nut kan?” balas Natrah dengan gaya yang lemah lembut. “Bagusnya kawan aku seorang ni.Tak payah nak selalu cakap.Bersyukur lah aku dapat sahabat sejati macam kau ni yang selalu faham aku”,ujar Mia pula meniru gaya Natrah. “Aik.time macm ni lah baru nak rasa bersyukur kawan dengan aku.Selama ni tak pula.Asyik nak usik aku je”. “Mana ada...aku selalu bersyukur tau dapat kawan yang baik macam kau.Tak baik kau cakap macam tu”,ujar Mia. “Yelah yelah.dah lah,aku nak gerak ni.apa-apa kau helo-helo je aku ye”,balas Natrah. “Ok.Thanks Natrah”.balas Mia ringkas dan menyambung semula membaca novel kegemarannya.


“Fuh,lega gila dah habis paper.Agak-agak siapa lah yang dapat anugerah dekan kan kali ni?”,soal Mia sambil membuang pandangannya ke arah tasik di hadapan mereka.Tasik yang berhampiran dengan tempat belajar mereka adalah lokasi nyaman yang Mia da rakannya selalu bersama setelah penat belajar. “Ntahlah...mana aku tau.Kau kan selalu top kata u ni.Itu pun masih mau tanya lagi ke?”.”Yalah,kau tu pun apa kurangnya.Top ten jugak kan?.Lagipun aku Cuma pernah dapat sekali je.”,balas Mia. “Nat,sebut pasal dekan ni kan aku teringat kat papa aku.Masa yang aku dapat anugerah tu,papa aku kirimkan coklat tau.Best gila!”,sambungnya lagi. “Aish,aku tak faham lah kau ni.Kalau pasal coklat bukan main lagi.Yang lagi aku hairan bin ajaib,kenapalah kau tak gemuk-gemuk pun.Kecik je.Agaknya,kau kat dalam badan kau ni ada hantu tak?”,gurau Natrah. “Amboi,celoparnya mulut kau ye.Kecik-kecik jangan sebut ea.Kau ni macam baru seminit je kenal aku.Aku tak boleh hidup tanpa coklat .Kau tau,banyak-banyak coklat,coklat yang papa aku buatlah yang paling aku suka. “Hish,aku peliklah.Apa yang best sangat coklat papa kau tu.Apa yang lain?”. “Itu bagi kau,tapi bagi aku lain.Rasanya berbeza tau.”,ujar Mia.”Agaknya,betullah kat kau ni ada hantu yang gila coklat”,kata Natrah yang sudah berhamburan ketawa “Woi,cakap baik sikit ea.Bukan hantu,tapi saka.”,Mia turut ketawa.


“Warrrrgg”,satu suara yang muncul tiba-tiba di belakang mereka. “Maaaaaaaak..”,terjerit Mia dan Natrah dibuatnya.Jantung mereka berdegup kencangseakan mahu gugur “Hoi,agak agak kan kalau rasa nak berendam macam badak sumbu kat tasik tu,boleh aku tolong.Nasib baiklah tangkai jantung aku ni kukuh lagi.Kalau aku ‘jalan’macam mana?.Eii.aku rendam jugak kang budak ni jadi buaya”,marah Mia. “A`ah,buaya darat punya spesis.”,tambah Natrah.”Wei minah,itu baru sergah tau.Kalau aku tepuk agaknya silap silap kau yang terjun dulu.Dah jadi itik katik”.ujar Syamsul baersama tawanya.”Ok ok,bertenang semuanya.Kau pun satu lah Syam,lain kali kita patut bagi salam dulu.Ni belum sempat aku nak sebut as...kau dah sergah diaorang.”,ujar Azzam. “Yelah yelah.sorry ye mak nenek.”,pujuk Syamsul. “Bila lah pulak aku kahwin dengan atuk kau.Sorry naik lori lah.Sakit tau jantung ni.”, “Lagi sekali kau buat.buku lima aku bagi.”,sambung Mia sambil menunjukkan penumbuk kepada Syamsul “Dahlah Mia.Azzam,apa-apa nanti saya telefon awak.Kita orang nak balik dulu.Jom Mia.”,ajak Natrah sambil menarik tangan Mia yang masih tidak berpuas hati dengan Syamsul.”


“Kau ni,satu hari tak kacau Mia tak boleh agaknya.Kesian dia,asal kau jumpa dia mesti ada je yang kau buat dia marah.Pelik aku”,bebel Azzam. “Ntahlah,mungkin sebab dia kecik,tu yang senang aku buli dia.Lagipun,dia marah ,comel lah.”,balas Syamsul.Memang Mia merupakan ciptaanTuhan yang indah.Matanya agak sepet,kulitnya putih,rambutnya lurus semulajadi,persis artis Korea.Mungkin faktor campuran ibunya yang berdarah Korea.”Woi,dah tembus mana kau termenung tu?”,sergah Azzam melihat sedari tadi kawannya termenung. “Tembus kat tempat budak kecik tu”,balasnya.


“Kau nak ikut aku tak?”,soal Natrah.Mereka baru sahaja habis kuliah “Urm,tak nak lah.Aku ingat nak pergi perpustakaan.Nak cari bahan untuk buat assigment.Lagipun,aku malaslah.Mesti mamat sewel tu ada sekali kan.Tak nak aku jumpa dia.”jawab Mia. “Suka ahati kaulah.Nanti kalau nak balik telefon dulu.Kita balik saing.”. “Ok.”,balas Mia ringkas.


Buk!.Berpinar mata Mia apabila dia dilanggar seseorang.Aduh,siapalah yang langgar aku ni.Orang ke tembok besar cina.Sakit gila bahu aku,getus Mia. “Woi,buta ke?.Mata kau letak mana?Kat lutut?”,marah seorang gadis kepada Mia. “Kau panggil aku ‘woi’.Wei,kau tu yang rabun ayam.Kalau nak baca majalah pergi lah kat kafe ke bersila kat lantai ni ke.Ni tak,sambil jalan.Kat dahi kau tu ada mata ke?”bidas Mia dengan nada yang agak perlahan agar tidak menjadi perhatian orang ramai.’Whatever”,balas Dian lalu beredar dari situ.


“Syamsul.”,tegur Dian.Apa hal minah salih celup ni,getus hati ,Syamsul.”Kenapa you tak balas mesej yan I hantar semalam.Penat I tunggu tau”ujar Dian dengan nada yang menggoda.”Sorrylah,I tak ada kreaditlah.Lagipun,hari ni saya busy dan tak ada masa nak keluar dengan you.You ada apa nak jumpa I?”,soal Syamsul. “Saja je.I rindu dengan u”,goda Dian. “Dian,dengar sini.I tak ada apa-apa perasaan terhadap you.Kita cume kawan je.I tak nak you menaruh harapan kat I.Nanti takut you yang kecewa.Faham.”,balas Syamsul dan meninggalkan Dian sendirian.Geram sungguh hati Dian.Tak apa,kau tunggulah Syam,tekad Dian dalam hati.


***

‘Nat...oh Natrah..!”,lantang suara Mia memanggil

nama sahabatnya.”Apa,kau ni!.Aku hidup lagi lah.Tak payah nak jerit-jerit panggil aku macam tarzan.Ni rumah,bukan hutan.Ada apa?”geram Natrah dengan kelakuan temannya. “Alah,kau tu kalau dah duduk dapur macam betapa kat situ.Gempa bumi pun belum tentu kau sedar..Ha..aku ada berita gembira ni.”,balas Mia.”Aku tau,berita yang kau dapat anugerah dekan tu kan.Taniah!’. “Pandainya dia...anak siapalah ni.Ada lagi satu.Papa aku nak kirimkan coklat untuk aku.Coklat putih tau.Jangan jealous.”,tambah Mia. “Tak habis-habis dengan kau punya coklat tu.Tapi,best tu dapat white chocolate.Nanti bolehlah bagi aku sikit.”. “Amboi,bab membodek kau cakap macm lidah tak bertulang ye..Yalah yalah.Nanti aku bagi lah.Aku kan sayang kau.”.Gembira sungguh Mia.


“Thanks,pa.”,ucap Mia sewaktu menghubungi papanya.Hatinya berbunga riang apabila coklat kegemarannya sudah ada dipangkuannya. “Makan elok-elok.Jangan sampai tercekik pula.Nanti papa kena pos doktor pula.”,gurau Dato` Idrus.Sayang benar Dato`Idrus terhadap satu-satunya anaknya.Semenjak kematian isterinya akibat barah,hanya Mia saja yang menjadi kekuatan dirinya.Dato` Idrus tak pernah mengabaikan segala keperluan dan kemahuan anaknya.Mujurlah Mia bukan anak yang terlalu manja. “Ok lah pa,nanti Mia telefon lagi.Assalamualaikum.”,ujar Mia sebelum mematikan taliannya.


Eh?.Tu macam budak kecik tu je.Ha...kacau best ni.Apa yang dia buat sorang-sorang kat tepi tasik tu.Berangan lah tu.Siaplah kau,getus Syamsul.Nakal sungguh fikiran Syamsul.Satu,dua,tiga..”Haaaah!”. “ Paaaaa..”,jerit Mia.Tanpa disedari,segala yang ada dipangkuan Mia tercampak ke tasik termasuk coklat yang sedang dibeleknya tadi.’Kurang asam punya lelaki!Habis tercampak barang aku gerutu Mia dalam hati.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu seperti........coklat!.Syamsul yang sedang asyik ketawa dipandang tajam seperti harimau kelaparan. “Mak nenek terkejut macam tarzan!”,kata Syamsul sebelum menyambung kembali sisa tawanya.Namun setelah terpandang wajah Mia yang kelihatan bengis,dia terdiam.”Sorry”,pohonnya ringkas.”Senang kau cakap ya.Kau tahu tak sebab kau,aku dah tercampak coklat tadi ke tasik?”,bergetar suara Mia menahan amarah yang kian memuncak.’Mampus aku!,getus hati Syamsul.Pap!.Satu tamparan hinggap di pipi Syamsul. “Apa ni?”soal Syamsul dengan nada yang agak tinggi. “Kau tanya ‘apa’?Kau tau tak aku sayangkan coklat tu?Kau tahu tak coklat tu terlalu bernilai buat aku?Aku dah cakap,jangan kacau aku dan jangan buat aku macam tu!Kau tak reti bahasa ke?!”,jerkah Mia. “Takkan pasal coklat tu kau tampar aku?”,nada suara Syamsul juga seperti Mia. “Ya,aku tampar kau sebab kau lah aku dah hilang coklat tu!Tu bukan coklat biasa kau tau tak!”,suara Mia kian mengendur. “Aku benci kau!”Mia menghabiskan kata-katanya dan meninggalkan Syamsul yang sudah kelu untuk berbicara.

***

“Kau pun satu lah,kau dah tau dia tak suka,kau still buat lagi.Kau tau tak,itu coklat yang papa dia kirim sebab dia dapat anugerah dekan.Tentulah dia sayangkan coklat.Memang tak ada jual lah.”kata Natrah.Dia hairan apabila sahabatnya itu hanya berdiam diri. “Aku serba salah gila ni.Aku dah cuba pujuk dia.Aku bagi coklat,dia bagi kat Tuti,mak cik cleaner tu.Aku telefon,dia angkat.Tapi dia diam je.Habis aku nak buat apa lagi?”,kata Syamsul yang kebingungan. “Apa kata kalau kau buat coklat untuk dia?’,cadang Azzam. “Ish,kau gila ke?Aku mana lah pandai buat-buat coklat tu semua.”,balas Syamsul. “Alah,kan ada Internet.Kau cari je lah.Lepas tu kau buat.Mana tau hati dia boleh sejuk balik.”cadang Natrah pula.Syamsul masih lagi kebingungan.


***

“Mia,kau masih marahkan Syam ke?”,tanya Natrah.”Sikitlah...tapi kau cakap je kat dia yang aku dah maafkan dia.Kalau aku tak maafkan bukannya coklat tu boleh muncul lagi.”,balas Mia. “Kau ikut aku boleh tak”soal Natrah yang tampak kerisauan. “Kau nak pergi mana?”.Tanpa menjawab soalan Mia,Natrah terus menarik tangan Mia ke kafeteria.”Kenapa kau ni,kalau ye pun nak ajak aku ke sini,tak payah lah macam tu.Kenapa pergi sini?Kau nak belanja aku ke?’. “Aku nak kau masuk dapur kafe ni.Kat dalam tu ada Syamsul.”ujar Natrah. “Jadi,kau suruh aku masuk then, buat apa dengan dia?” balas Mia yang masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan sahabatnya itu. “Mia,kau tau tak Syamsul dari pagi kat dalam tu sampailah tengah hari ni. Semata-mata nak pujuk kau tau. “Apa kena mengena dengan aku.Kau nak aku menangis kesiankan dia?”,ujar Mia.Dia mahu pergi dari situ,tapi dihalang oleh Azzam yang sudah berdiri di hadapannya.”Kau masuklah tengok dia sekejap.Dia cuba buat coklat yang sama untuk kau.Macam-macam resepi yang dia cuba.Kalau kau tak nak,kau suruh dia berhenti.Kelas pun dia ponteng tau”jelas Azzam.Entah mengapa hatinnya tersentuh dengan kata-kata Azzam.Akhirnya,Mia melangkah ke dapur juga.Azzam dan Natrah sudah menguntum senyuman.


‘Mak aih..Sepah gila mamat ni buat kerja.Biar betul?,getus hati Mia.Mia terpandang satu sudut yang kelihatannya Syamsul sedang mengadun bahan.Dia juga terlihat banyak resipi di atas meja di dapur itu.Kehadirannya disedari oleh Syamsul. “Eh,Mi..mi..miaa..bu,,bua..at a..apa kat si...sini?”gugup Syamsul bertanya. “Kenapa,tak boleh ke nak tengok seseorang yang bakal ahli niaga buat coklat?”,balas Mia.Syamsul terkedu dengan jawapan Mia.Mia mengambil tempat di hadapan Syamsul sambil melihat hasil coklat buatan Syamsul.”Not bad.Cantik dan nampak menarik.”komen Mia. ‘Aku cuba buat coklat kau yang tercampak kat tasik.Tapi,aku tau tak sama pun kan.Aku Cuma nak buat kau gembira balik.Sorry sangat Mia.”,kata-kata Syamsul yang membuatkan hati Mia lebih tersentuh. “Tau pun takut.Kacau aku lagi.Alah,aku dah maafkan kau pun.But,geram tu still ada lagi.Dahlah tak sempat nak jamah.Lepas tu tercampak macam tu je.Dah aku kempunan.Lagi satu,nasib baik bukan jantung aku yang tercampak.”,gurau Mia. “Kalau jantung kau tercampak,biar aku cari balik”,tokok Syamsul. “Banyak lah kau.”Mereka ketawa. “Syam,kau tau tak apa resepi coklat tu?Kalau kau nak tahu kat dalam coklat tu ada kasih,cinta dan keikhlasan papa aku.Sebab tu aku sayang coklat tu dan coklat tu tak sama dengan coklat lain.”,ujar Mia.”Yalah.Nah,ambillah coklat ni.Aku ikhlas ni.”balas Syamsul sambil menghulurkan coklat hasil buatannya.Mereka kelihatan mesra di dapur kefe itu.Dalam masa yang sama,ada sepasang mata yang melihat kemesraan mereka bersama bahang cemburu.


“Kurang ajar!Selama ni kau tolak cinta aku sebab kan hantu coklat tu.Dasara hantu punya perempuan!”,bergema kamar dian dengan jeritannya.Habis barang-barangnya bersepah kerana amukan Dian. “Kau tahulah nasib kau Mia.”senyuman jahat jelas diwajahnya.


“Terima kasih.”ucap Mia.”Sama-sama.Ni bukan aku buat tau.Jangan nak bagi kat Tuti lagi.Kalau bagi,siaplah.Aku campak kat tasik.”,ugut Syamsul. ‘Buatlah kalau tak sayang.”balas Mia pula. “Yalah-yalah.sayang kot.”ujar Syamsul sedikit berbisik. “Oklah,aku I pergi dulu,bye.”. “Bye”,balas Mia ringkas.


“Syam..”tegur Dian yang kelihatan tersedu sedan.”Can I borrow your shoulder?Just a minute.”.Tanpa menunggu jawapan daripada Syam,Dian terus memeluk lengan sasa Syamsul.Syamsul yang terpinga-pinga cuba meleraikan pelukan tersebut.Namun, disebabkan perasaan simpatinya terhadap gadis itu,dibiarkan sahaja lengannya dipinjam.


“Syamsul,tanya boleh?”,tanya Azzam. “Kau ada apa-apa ke dengan Dian?”.”Kenapa?”,soal Syamsul kembali. “Aku rasa lebih baik kau tengok dulu ni.”,balas Azzam sambil menunjukkan komputer ribanya yang terpapar blog universiti mereka. “Apa?!.SWEET COUPLE?!”,terjeritt kecil Syamsul. “Semua ni tak betul!Ya Allah..siapa lah yang tangkap gambar ni.:”. “Jadi,gambar ni betul?”,soal Azzam yang inginkan kepastian. “Memang betul.Tapi,atas sebab kawan dan perasaan simpati je.Habislah aku Zam.Aku nak pergi jumpa Mia.”,baru sahaja dia hendak keluar,Azzam menahan. “aku rasa buat masa sekarang ni baik jangan.Mesti Mia takkan layan.Lagipun aku tengok blog ni pun lepas Natrah bagitau.Dia kata Mia yang tengok dulu.”.Syamsul terduduk kerisauan.


“Sudahlah.Aku tak nak dengar apa-apa lagi.Lagipun,gambar tu betulkan.Susah aku nak percaya pada kau sebab tak ada bukti yang kukuh.Sorry,aku dah lambat ni.”ujar Mia lalu meninggalkan Syamsul tanpa menghiraukan panggilan Syamsul.Syamsul mengeluh. Apabila teringatkan kembali kata-kata Mia tempoh hari.Dia sudah buntu untuk memujuk gadis yang sudah bertahkta di hatinya.Syamsul bingung.


***

“Aduh!.Wei Dian,kau ni kenapa asyik nak langgar aku je?Mabuk ke apa?Tahulah tengah mabuk cinta,tapi agak-agaklah jalan pun takkan macam orang tak ada mata pulak.”,marah Mia apabila Dian sengaja melanggarnya. “Woi perempuan!Cakap baik sikit ea.Suka Hati akulah.Ye,memang aku tengah mabuk cinta dengan Syamsul.Ops,sorry.Kau bekas dia ke?Kesian kau kan.Oh ye,tolong ambil kan gambar yang kat lantai tu.”.Mendidih sungguh hati Mia Edriyana.Lagi mendidih apabila terlihat gambar tersebut adalah gambar yang di dalam blog yang dilihatnya beberapa minggu lepas.Hampir sahaja Mia menampar Dian,Syamsul menahan tangannya.Dian yang berpura mengis ketakutan memeluk lengan Syamsul.Terbakar hati Mia.Mia merentap tangannya dari cengkaman Syamsul dan beredar meninggalkan mereka.Hatinya sungguh terluka.Akhirnya, mutiara jernih jatuh dari matanya tanpa ditahan lagi.Mia pergi ke tepi tasik dan menangis sepuas hatinya.


“Kenapa kau asyik nak ganggu hidup aku hah!Apa yang kau nak dari aku Dian?”,jerkah Syamsul geram dengan tindakan Dian di hadapan Mia. “Ya,memang I ganggu hidup you kan.You tahu tak,selama ni I sabar bila I cuba nak dengan you cara lembut.Tapi,hati I sakit bila you mentah-mentah tolak I.Then,you happy dengan perempuan tu.I?.You tak pernah nak bagi peluang kat I.Jadi,kalau I sakit hati,biar Mia pun rasa apa yang I rasa.Fair kan?”,luah Dian yang sudah lama memendam rasa marah terhadap Syamsul. “Kau ni memang gila!.Lepas ni Aku tak nak kau ganggu hidup aku lagi.Kau faham!’.Syamsul menghabiskan kata-katanya dan bergegas meninggalkan Dian yang sudah meraung di situ.Aku takkan lepaskan kau!,tekad hati hitamnya.


***

“Mia,kenapa kau muram je.Aku faham perasaan kau.Tapi takkan tak ada peluang kali kedua untuk Syamsul?”pujuk Natrah.Sudah berkali-kali Syamsul meminta Natrah membantunya memujuk Mia. “Tak payahlah kau nak pujuk aku.Kau cakap kat dia tak payah nak ambil hati aku lagi.Aku penatlah.”,balas Mia. “Kalau kau tak nak berhubung dengan dia lagi,kau jumpa je dengan dia dan cakap dengan dia sendir.Aku lagi penat nak layan kerenah dia tu.”.Keras sungguh hati Mia umpama batu kerikil. “Lagipun dia cakap dengan aku dia nak pergi luar negara.Ayah dia ajak pindah dan dia akan lanjutkan pelajaran kat sana nanti.Kau jumpa lah dia.Mana tau,ni kali terakhir kau jumpa dia.”.Kata-kata Natrah membuatkan hatinya sayu tiba-tiba.Akhirnya dia terlelap dengan matanya yang basah dengan airmata.


“Apa lagi yang kau nak cakap kat aku?”,soal Mia.Akhirnya,Mia membuat bersetuju untuk bertemu dengan Syamsul setelah beberapa kali didesak. “Mia sebelum saya berangkat ke Soul minggu depan,saya nak minta maaf banyak-banyak kat awak.Saya nak awak tahu yang saya tak pernah sayangkan perempuan lain selain daripada awak.Saya nak awak tahu yang awak adalah satu-satunya gadis pertama dan terakhir dalam hati saya.Saya tak nak lukakan hati awak lagi.Apa yang berlaku,saya yakin pasti ada hikmahnya.Saya yakin awak jodoh saya.”. “Nah,ambillah coklat ni.Saya ikut resepi papa awak.Saya adunkan bersama kasih,cinta dan keikhlasan saya masa hasilkan coklat ni.Saya tak kisah kalau awak nak campak coklat ni ke tasik.”,luah Syamsul sambil menghulurkan kotak yang berwarna merah jambu kepada Mia.Baru sahaja Mia mahu mengambil kotak itu,sebuah kereta meluncur laju ke arah mereka.Syamsul menolak Mia ke tepi. “Syaaaaam”,jerit Mia.Mia terus melulu ke arah Syamsul yang suda kaku.Kereta yang melanggar Syamsul tadi berhenti dan pemandunya keluar dari kereta itu. “Baru kau kenal siapa Dian Qistina kan?.”Dian ketawa sekuat hatinya tanpa perasaan. “Kau dah gila ke Dian?Kau tahu tak,apa yang kau buat ni dikira pembunuh!Perempuan gila!”,jerkah Mia lalu menampar Dian sekuat hatinya.Orang ramai sudah berkumpul di situ.Dua sahabatnya juga sudah menelefon ambulans.Dian yang lagaknya seperti orang yang tidak siuman mula menjerit-jerit. “Aku suka kalau dia mampus!Puas hidup aku.Sebab kau lah Mia,aku bunuh dia.Ni semua salah kau!”,jerit Dian sambil dipegang beberapa orang pegawai polis.Mia kembali ke tempat sisi Syamsul sambil menangis. “Syam,bangunlah.Takkan awak nak tinggalkan saya.Awak kata saya seorang je yang awak sayang.Tapi,awak tolak saya ke tepi.”,tangis Mia yang sudah tersedu sedan.Coklat yang diberi kepadanya didakap erat. ‘Syam ,awaklah coklat dan cinta saya’,ucap Mia dalam hatinya.Akhirnya dia rebah di situ.


“Cik Mia.cik Mia..”,tegur salah seorang pekerjanya.Mia tersentak.Dia baru tersedar dari ingatan lampaunya. “Ada apa?”,soal Mia.Di berasa malu terhadap pekerjanya. “Ni,Coklat Hati dah siap.”jawab pekerjanya sambil menghulurkan bungkusan yang berisi coklat. “Ok.”,balas Mia dan memberi senyuman mesra kepada pekerjanya itu.Dia hairan apabila pekerjanya tiba-tiba gelak sendirian “Awak kenapa?Kena sampuk dek setan ke?”gerutu Mia. “ Tak adalah bos.Bos tu berangan sampai tudung senget pun bos tak perasan.”,jawab pekerjanya dan meminta izin menyambung kerjanya semula.Merah padam muka Mia seperti udang kena panggang.Dia cuba mencari cermin untuk membetukan tudungnya.Akhirnya dia menggunakan cermin bedak padatnya dentgan agak tersorok sedikit di bahagian bawah kaunter.Setelah berpuas hati,dia berdiri kembali. “Hah!”.Mia dikejutkan dengan suara seseorang yang amat dikenalinya. “Oh aku lawa tak.”latah Mia. “Awak ni tak pernah nak berubah.Masih nak buat macam tu kat saya.Kang saya pula yang ‘jalan’.”,gerutu Mia. “Sorry-sorry.Saya excited nak jumpa awak.Yelah,lima tahun tak jumpa kan.Mesti lah rindu.”,ujar Syamsul. “Kalau awak buat macam tu lagi,saya langgar awak dengan lori.”ugut Mia. “Yelah,awak nak merasa naik ambulans dengan saya lagi lah tu.”,usik Syamsul.Akhirnya,terburai ketawa mereka.Mia bersyukur sangat apabila buah hatinya selamat selepas kemalangan tersebut.Kini,pahit dan manis coklat yang pernah dirasanya ada dalam tertulis dalam hidupnya.Pahit dan manis itulah yang menghasilkan coklat yang sedap sama seperti kehidupan yang akhirnya mewujudkan kebahagiaan setelah merasa kapahitan dan kemanisan hidup.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by FiQa Nsz